Science to Accounting

السلام عليكم and hi readers!

Entahlah, bertahun belajar sains tiba2 rasa nak amik accounting. Tukar angin agaknya. Amik feeling baru.. ececehh.. its just like rasa dah penat nak belajar sains, haha. Time form 4 sampailah ke foundation amik sains tp bila ke degree amik accounting. Dia mcm suatu take a big risk gak ahh..

Zaman sekolah (2013-2014)

Sebenarnya sejak dari form4 lagi nak amik accounting tp makcik aku nasihatkan mak aku suruh aku amik sains. Sebab katanya kalau amik accounting tak boleh pergi jauhh,, katanya lahh… menangis gak ahh sbb kena menghadap subjek Biology,Physics and Chemistry. Biology lah yg aku rasa susah sikit nak masuk sbb banyak sangat faktaa😭. Tapi physics la yang first ujian aku dpt D. Sebab tak faham yang amat. Chemistry okay la jugak belajar sbb ada experiment semua masuk2 kan chemical😆. Terpaksa la jugak menghadap tiga subjek ni selama 2 tahun kat sekolah. And of course la memang struggle betul2 nak score. Alhamdulillah result takde lah gempak mana tapi memuaskan lah,,berkat doa dan usaha. Tak lupa juga terima kasih buat kawan2 yang sudi ajar🙃.

Throwback sikit la zaman sekolah dgn rakan2 sekelas – 5 Marikh(2014)

Zaman Asasi (2015/2016)

Aku ditawarkan sambung belajar di Pusat Asasi Sains Universiti Malaya a.k.a PASUM after SPM. Nama pon pusat asasi sains memang kena amik sains lah cerita dia. Kat PASUM ada sains hayat n sains fizikal. Beza sains hayat n fizikal ni cuma bdk hayat amik biologi tp bdk fizikal amik sains komputer. So sbb aku ni mmg x suka fakta2 ni aku amik sains fizikal. Mmg x leh nak jadi doktor lah kan.😜 acah dulu cita2 nak jadi doktor mmg angan2 je la. Menghadap la subjek Physics dan Chemistry selama 2 sem = lebih kurang setahun la jgk.

Physics agak tough jugak tapi bila masuk lab mmg best. Lab paling rileks. Buat experiment pon santai2 ja sebab buat dalam kumpulan- 5 org satu kumpulan. So buat report pon sama ja la jawapannya. Haha. Dan yang penting selalu balik awal.

img_6578

Nampak tak betapa rileknya lab physics siap boleh main tangkap gambar lagi.


IMG_9330.JPG

Classmates FK1

Chemistry boleh lahh tahan kalau secara teorinya. Kalau masuk lab memang lintang pukang dibuatnya. Dah lah kena buat sorang2, amik chemical,ukur,timbang, tengok hasil experiment semua kena buat sendiri2.tp before that ada guide la. Pernah lah jgk terpecahkan measuring cylinder kot. 🤣Hahaha,,gelabah dia bukan main. Dan yang buat lagi resah time lab chemist ni kena hantar report time tu jugak. Ada yang lagi kejam, lecturer siap countdown suruh hantar report.. memang tak tentu arah lah citer dia. Memang lah aku taknak amik chemist dahh sebab aku nak tuang chemical mcm pakinsen**(taktau eja) dah.. menggeletaq!

img_9356

Last chemisty lab. rindu nak pakai labcoat

Tu serba sedikit pengalaman masa zaman amik sains lahh..

Degree Life 2016/2017


Currently I’m doing Bachelor of Accounting di Universiti Malaya. Dah masuk semester 2 pon. Alhamdulillah everything was just good. Walaupun memang kena pulun habis. Yelah,tak pernah2 belajar akaun tetiba terus amik accounting. Memang la mula2 tu sesak sikit.sebenarnya sampai sekarang masih lg berperang dgn diri sendiri. Mak aku pernah tanya:”menyesal ke amik account?susah ke?”. Aku jawab:”belajar apa pon semua susah”.(Betapa optimis nya aku😎😎). Apa yang aku pilih sekarang ni dah memang aku nak dari dulu.. ecewaahh! Lagi 3 tahun setengah degree life weyhhh..

Keep going forward

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.