Do I want to be An Auditor?

Peace be upon you, readers!

I just feel like I wanna share something to you that make me started thinking of what I’m going to do after completing my BAcc. So yesterday I was interviewing an auditor as it is part of my assignment. To be frank, I feel like aduh lecehnya nak kena cari2 auditor nak pergi interview lagi. Lagi2 kena interview orang yang tak kenal and that was my first time to interview outsiders. Cuak tak cuak tu confirm la cuak. Tapi sebabkan auditor tu sempoi2 and lek2 je, I can say that was more to sharing session. The good part for this assignment is that you will exposed to the real industry and started to relate what you learn theoretically and to practically implement it. So takde la benda yang kau belajar tu terhenti dalam kelas je semata.

First thing first auditor tu terus tanya, korang ni memang nak jadi auditor ke? At that moment I was like, no I don’t. I prefer tax rather than audit. Maybe sebab I enjoy learning tax dari audit kot and tax banyak kira2🤣. That is self preference la kot. Lain orang lain minat dia. Tapi bila dia tanya tu buat aku terfikir lagi sekali apa aku nak pilih.

Disebabkan auditor tu lepasan ACCA, dia pesan lah siap2, tak semestinya kalau kau amik professional paper kau boleh berjaya, and tak semestinya kau tak amik pro paper kau tak boleh berjaya. And aku plan kalau boleh nak ambil professional paper. Just to put yourself out of your comfort zone and that will be a bonus for yourself. So plan tu aku tak tau bila boleh direalisasikan. Sama ada right after habis degree or kerja dulu sambil ambil pro paper. And bila cakap pasal plan ni, I remembered that he adviced us to have our own short term goal and long term goal. All of us have our own long term goal but not many of us have our short term goal. He shared to us that once he took CAT paper, he already aim to be an auditor. Dan dan jugak aku kena start set goal aku untuk future cemana..heheh.

Next, apa yang aku perasan auditor tu memang betul2 suka apa yang dia buat sekarang. For me, if you like what you are doing now, it would not be a problem for you. Tak kisah lah kalau kena kerja sampai malam bersengkang mata. Once you do it full-heartedly, and the good result come out, that will be a satisfaction for yourself. What I saw was he really loves what he is doing right now sebab dia tunjukkan hasil kerja yang dia dah settle dari A-Z. And for me, tak kisah lah buat kerja apa pon, biarlah bersungguh jugak. Sebab kita jugak yang akan nampak hasilnya sendiri. Gittuw!

The most important thing is of course, attitude. Our attitude on doing the right things and how we handle our works and towards other colleagues. Nak kata buat kerja ethically tu adalah good attitude pon one of the things but based on my understanding, attitude is more than just being ethical. Dan attitude ni jugak la yang membezakan kau dengan orang lain. Good attitude will reflect to our works jugak. Ye ke idok. Ha itu aje la.

Sekarang ni aku kena fikir jap aku nak jadi apa🤨

Advertisements

It’s #redangodyssey

Hello people! #inatravels ke Terengganu pulak bersama high school-mates. Bukan senang nak bikin plan nak bercuti sama2 tu menjadi. Plan tu lama dah ada, jadi tak jadi tu je citer dia. Plan tak sampai beberapa minggu, maka jadilah beberapa ketul ni ke Pantai Timur, huhu… Inilah alkisah #redangodyssey nya. Told ya ealier, this is a longer post.

Day 1

Khamis 9 Ogos 2018. The day we gather.

Disebabkan nak konvoi bersama-sama, makanya Alin, Alya, Mayra kena lah turun KL dari rumah masing2. Tempat persinggahan first diorang adalah ke Puchong, dan semestinya la rumah sis. Kalau ikutkan Mayra sorang je yang nak singgah, tapi dua ketul dari utara ni nak makan free punya pasal (terutamanya Alin), sampai lah jugak rumah saya..

p/s sebab Mayra bodek depa yang Azlina masak sedap katanya. hukhuk. Ada orang perasan ke tu.

Tiket bas ke Kuala Terengganu pukul 10 malam, jadinya gerak ke TBS pon malam lah ye naik LRT saja. Nak naik grab tapi Alin kata suruh jimat.

Sebelum kekecohan bersama depa berlaku 😉

Day 2

Jumaat 10 Ogos 2018. Sampai juga di Terengganu.

Sampai-sampai je kat stesen bas Kuala Terengganu, benda pertama yang Alin dengan Alya cari adalah maggi. Dah la sampai pukul 4.30 pagi. Gelap lagi time tu. Ada lah satu kedai makan kat situ buka 24 jam kot. Nak lepak situ ramai pulak orang lelaki dengan asap rokoknya pagi2 buta. Dah beli maggi cup kat 7Eleven, duduk la dekat bus stop dia. Tak memasal kena tegur dengan sorang pakcik ni (pakcik tu kurang waras kot). Masing2 dah cuak pastu terus lari ke kedai makan kat stesen tu. Tapi kesian jugak la sebab ramai gelandangan kat situ.

Lepas Subuh terus gerak Jeti Merang naik teksi sewa. Dari K.Terengganu ke Jeti Merang ni boleh tahan jauh jugak lah dalam 40 minit. Sampai kat jeti tu pon awal nau, so pakcik yang bawa kami tu pon bawa singgah sarapan. First bot gerak 9.30 pagi. Mereput gak lah tunggu nak naik bot tu. Tapi faham je la bila dah jarang jumpa tu, banyak lah cerita nya.

Sampai sudah akhirnya di Jeti Merang, Terengganu

Bila naik bot tu pandai2 la pilih pakai life jacket. Pastu aku pon kononnya nak amik yang kecik sekali, pergi amik yang children punya. Boleh la sis. Expectation kami adalah naik bot berlima je tapi realitinya naik dengan beberapa family. Berhimpit jugak lah tapi mulut kami ni tak reti nak senyap sebab excited sangat lah kata kan. Bila bot tu dah mulakan perjalanan, memang cuak sikit lah nak lalu jalan air (terutamanya Mayra). Jerit tak jerit bila punggung ‘terhempas-hempas’ atas kerusi dia yang keras tu sampai lah sorang makcik ni shhhh kat kiteorg. Dah nama pon naik bot laju, adrenaline rush gittuw, makcik! Nak sampai ke tempat penginapan kami tu pon dalam 40 minit. Rileks tak rileks.

Excited tak excited sampai pakai life jacket children punya!

Hello! Kami tak sabar nak berenang.

Redang Asmadi.

Kami ambil pakej Redang Asmadi. Siap penginapan, pengangkutan, makan, snorkelling trip semua. Dalam details pakej tu bagitahu ada van kuning yang akan pick up. So expectation vs reality lagi. Realitinya van kuning yang antik bersama open air yang jemput kami.  Takpe lah, asalkan sampai. 5 minit sampai di Redang Asmadi. Sampai je terus check in. Bilik yang kami pilih adalah untuk 6 orang punya. Tips nak ke mana2 pulau adalah pergi beramai-ramai dan masa weekdays, dapatlah murah sikit.

Naik ‘Van Kuning’ ke tempat penginapan. Rare banget vannya!

Settle lunch dan rehat2 sekejap, 2.30 petang start dengan first snorkelling trip. Time ni lah jugak ada ‘konflik’ sikit. Huhu. Sepatutnya ada cikgu yang akan ajar berenang dan water confident tapi cikgu tu ada kem perkhemahan pulak. Makanya, kami berlima pon dengan redanya pergi je la dekat first spot- Teluk Dalam. Berenang2 lah di tepian pantai. Yang betul2 tahu berenang sorang je-Mayra. Yang lain hmmm.. Kelas berenang petang tu jadilah bersama Mayra a.k.a Coach Rara. #coachrara. Cubaan ke berapa kali tak berjaya jugak. Bila dah penat, rest la kejap makan bekalan makanan yang dibawa. Luckily, dah petang sikit cikgu yang ajar berenang tu panggil kami. The real cikgu renang. Haha. Jadinya, anak murid yang tak reti berenang ni pon dengar dan ikut lah dengan tekun dan taatnya.

Seriously, aku ni takut giler nak berenang nak tenggelamkan badan dengan muka sekali dalam air. Takut lemas lah, air masuk dalam telinga lah. Tapi bila cikgu tu ajar, memang betul2 dapat lah water confident tu. Hukhuk. Cuma nak berenang tu je tak lepas. Bila guna life jacket baru lah dapat berenang jauh sikit. Wow sis tak sangka satu pencapaian yang baik. Sebabkan Mayra dah pro dari kteorg berempat ni, dia jalan dulu ke turtle point tu. Yang empat ketul lagi jalan kemudian. Tapi antara empat ketul tu, Sai yang paling perform. Cikgu tu bawak Sai ke turtle point tu without life jacket weh! Dah lah agak jauh nak berenang tu dengan kedalaman dia lagi. Seramm hokay.

Bila dah sampai ke turtle point tu, segala penat kayuh kaki dalam air tu hilang weh bila nampak and pegang turtle tu. Besaq giler. Okay sis is jakun. Tapi sebabkan aku ni rabun, memang kabur2 je la nampak tu. Bila dah lama sangat dalam air, aku menggigil terok pastu memang berpaut sokmo pada Alin ngn Sai. Kaki  tak jejak tanah beb lagi2 aku ni dah lah pendek. sekian.

Masa untuk gelapkan muka yeayy!

’10 mins you can swim’- thumbs up!

One with Mayra. Ada gaya macam diva ke uolls?

Kalau ikutkan dalam tentatif, ada sunset view petang tu. Tapi dekat pukul 7 petang semua dah dipanggil balik naik van kuning of course. Sunset view dalam mimpi je lah. Aktiviti malamnya lepas dinner adalah main UNO plus membawang! Guess who was the winner? hehe. Semestinya lah Azlina! Kudos to Sai yang siap2 tanya nak bawak kad UNO tak before gerak ke Terengganu. Dah habis beberapa round main UNO, aku dah ready nak tidur tapi Alin dengan Sai sibuk lagi ‘perbincangan’ depa.

Day 3

Sabtu 11 Ogos 2018.

Nama pon bercuti ke pulau, aktiviti dia memang full snorkeling trip je lah. Lepas breakfast around 9.30 am tu dah ready nak snorkeling lagi! Yang syoknya pagi tu kami berlima je dalam satu bot tu. Memang kecoh la. First destination ialah Pasir Akar. Pagi-pagi snorkeling feeling dia lain sikit. Sedang2 matahari tak berapa nak terik lagi. Masa kami sampai tu memang takde orang lain lagi. Feeling dia macam, ‘pulau ini ana yang punya’. Over nau! Tempat first pagi tu memang semua turun dari bot tu. Excited lah katakan. Kali ni dah tak ada cikgu nak ajar berenang dah. Pandai2 lah berenang kat situ. Tips lagi, bawak lah roti atau biskut as umpan untuk ikan naik kat surface air laut tu. Campak je roti, memang berkerumun ikan-ikannya. Kalau sempat, shot satu kali gambar. Nice weh! Dengan air dia yang biru and clear!

Second day at Pulau Redang.

image.jpg

Crystal and clear.

Dah puas kat Pasir Akar tu, gerak ke port snorkeling yang seterusnya –> Marine park. Berapa banyak kali tangkap gambar nak nampakkan view cantik kat belakang tu before turun kat Marine park. Nasib baiklah abe yang bawak kitorang tu layankan je kerenah kami. Kat sini memang ramai giler orang. Bila sampai sini, matahari memang terik sangat. Sah sah lah burn muka. Yang bestnya di Marine park ni, ada muzium kecil yang korang boleh buat tour before sambung snorkeling lagi. Ada jugak tempat telur penyu kot. And wajib lah bergambar yang ada sign pulau redang. Gigih panjat tangga and berperang dengan monyet2 kat situ demi sekeping gambar potret #redangodyssey!

When everyone control their ‘keayuan’ness.

Pukul 12.30pm, perut dah meronta mintak makanan. Mana tidak nya sebab tenaga banyak dah habis main air. Balik, lunch and rest sekejap. Sempat lah nak terlelap before sambung lagi snorkeling untuk sesi petang. Baru setengah hari bersnorkeling tapi aku dah rasa penat and tak larat dah nak join petang tu. Mengenangkan dah bayar molek pakej ni takkan nak lepaskan macam tu je.

Jadinya petang tu pergilah kami ke Kerengga Island dulu. Aku dan Alya memang dah surrender tak nak masuk air lagi dah. Tenaga habis kononnya. Tambah-tambah lagi cuaca Malaysia yang memang terik. Petang tu, kami satu bot dengan satu family ni yang ada budak kecik. Takde lah kecik mana tapi dalam 8 tahun jugak lah. Aku tercabar lah jugak bila tengok dia enjoy je time snorkeling. Aku ni dah takut2 dah nak masuk air lagi sebab tak reti nak kayuh kaki dalam air. Punya sekuat hati aku kayuh kaki untuk berenang tu, tapi tak gerak banyak pon. I give up! Aku yang memang tak reti berenang sebenarnya.

Jap, aku lupa yang kami pergi ke Turtle point dulu petang tu. Tempat sama macam semalam. Tapi kali ni memang lagi dekat and lama sikit tengok turtle tu. Lepas tu baru gerak ke Kerengga Island.

Bila dua orang ni je tak join masuk air- selfie satu kali.

Second last destination ialah Long Beach. Nama dia Long Beach sebab pantai dia memang panjang. Boleh lah feeling di tepian pantai tu. Main pon kat tempat cetek2 je. Sebab aku memang dah penat sangat. Tapi the best thing dekat long beach ni adalah dapat tengok baby shark! Doo doo doo… Time ni masing2 memang dah kepenatan dah, tapi nak tengok baby shark punya pasal. Abe tu lah yang guide kami nak sampai ke point baby shark. Alya memang dah tak join kteorg dah. Nak sampai ke tempat yang ada baby shark tu pulak makin jauh rasanya. Orang lain tenang je snorkeling, tapinya aku, Alin, Sai kecoh nak mampus dengan gelak2 nya sebab tak sampai2 and lost daripada Abe tu. Yang tak boleh blahnya masing2 berpaut antara satu sama lain, memang tak lah nak sampainya! Sai excited lah bila dah nampak baby shark tu. Aku tak jumpa pon sebab nya rabun ye. Ni lah masalahnya. Kalau bernasib baik lagi, dapat lah jumpa Nemo! Kecik ja ikan Nemo tu.

Kita mampu main tempat cetek je la.

Last sekali adalah Marine park lagi sebab family yang ikut sekali tu tak pergi lagi ke sini. View kat sini memang cantik sebenarnya untuk dapatkan shot2 yang cantik. Tapi yang tak bestnya untuk snorkeling kat sini sebab coral dia banyak dah mati. Tempat lain yang kami pergi tu, memang nice lahh coral2 dia. Menarik lagi korang dapat lah jumpa tupai comel and unik sebab warna dia sebiji warna batang pokok kat situ. Kami bawak mister potato time tu, and apa salahnya berkongsi rezeki dengan tupai situ kan. hukhuk. Kat sini memang aku dah surrender. Tapi surrender2 aku, aku tetap jugak nak join diorang berenang. Yang penting ada orang tarik aku naik balik ke darat. Sebab aku dah jerit2 dah suruh depa naikkan aku. Bukannya aku lemas, tapi aku dah tak boleh nak berenang. Masalah betul budak seketul ni.

Sis belanja scenery dia pulak.

Cantik kan.

Balik ke bilik pon dah nak maghrib. Full day snorkeling trip weh. Exhausted! Tiba2 agent kami tu ajak pergi jungle trekking pulak. One of the activity yang korang boleh buat dekat sini. Lepas dinner dia suruh get ready je. Tapi tak jadi pon sebab orang yang nak bawak kami tu ada hal lain pulak. Berehat saja lah dalam bilik.

Day 4

Ahad 12 Ogos 2018

Tiba masanya untuk pulang! Lepas je sarapan terus get ready untuk check out. 10am gerak ke jeti untuk ke jeti Merang. And not to forget a ton of pictures sebelum pulang.

Membawang session dah nak tamat!

Actually bas kteorg pukul 9.30 malam. Memang saja amik malam sebab nak jalan2 dulu area KT. Dari jeti Merang kami terus ke Butik Noor Arfah Batik sebab tempat famous kot untuk cari kain baju. Sis ikut sajaa tapi macam biasa just cuci mata je la. Dah dekat tengahari memang lapar citer dia, so makan je la kat kedai makan yang berdekatan kat situ and singgah solat kat masjid terapung kot. I’m not sure apa nama masjid tu. Huhu. Tapi time ni pulak phone Alya tertinggal dekat kedai makan. Nasib baik lah kedainya dekat dengan masjid. Aduhai Alya.

The last stop adalah Pasar Payang and kawasan yang berdekatan dekat situ. Sampai situ pon dah dekat pukul 2 petang. Pasar Payang tutup pukul 3 ke 4 petang macam tu. So dan dan je la nak pusing dalam pasar tu. I’ve never been to Pasar Payang. Baru aku tau rupanya macam ni pasar payang. Jakun lagi. Macam pasar orang banyak jual2 and dia punya owner duduk kat tengah tempat lagi tinggi dari barang jualan depa. Aku taktau nak describe macam mana. Paham la sendiri. Tempat best nak cari kopok lekor kopok kering segala jenis kepok kat sini lah dia.

Then, kami pon lepak kat kedai berdekatan dengan Pasar Payang tu menghabiskan sisa masa untuk membawang lageyy. Nak tunggu naik bas malam tu ya ampun lambatnya lah rasa. Nak jalan kat area situ pon dah tak larat dah. Duduk je la minum2 petang and kononnya nak singgah la mall. Sai bagi info auta pulak katanya ada mall kat situ. Punya lah jalan dari hujung ke hujung, rupanya tak ada. Last2 duduk kat masjid je la sementara nak tunggu maghrib. Guess what, our dinner was KFC sebab tu je pilihan yang senang dan dekat untuk pergi. Dah settle makan terus gerak ke stesen bas get ready nak naik bas. Time ni pulak Alya dah start demam dia. Dan dan ja nak demam. Kesian lahai.

5.30am esoknya sampai TBS. Masing2 pon menghala untuk pulang ke tempat masing2. Sai ada kelas pulak pagi tu. Huhu. It was short and memorable moment selepas bertahun tak buat short vacay.

So, where’s next? Alya suggest next trip nak main galah panjang. Kena bawak ramai lagi lah ni untuk cukupkan team. Siapa nak join boleh roger2, kita set baik2 punya okay! Tamat dah #inatravels untuk semester break kali ini. Azlina signing off.

End of vacation. New semester is coming.

#inatakesperth – Day 4

Hello! Hari keempat adalah hari yang penuh ‘pengembaraan’. Lagi banyak tempat memukau mata dan jiwa. Kalau ikutkan rasa nak share semua gambar yang ada sebab cantik-cantik sangat. Kami bertolak dari apartment seawal 7 pagi. Bangun pagi tu memang bersemangat lah, sebab nak pergi tempat wajib visit bila sampai Perth. Hiks.

Kings Park and Botanic Garden

Seriously tempat ni memang sesuai untuk orang yang stress duduk tengah bandar kiri kanan bangunan tinggi je. Taman dia memang besar and amazingly korang akan nampak keindahan Perth city dan Swan River dari sini. If korang ada problem ke, bila tengok tu, korang akan rasa kecik je semua tu. Mungkin boleh dikatakan kalau nak lari sekejap dari kesibukan bandar, lari lah dekat taman ni. Panorama hijau yang mendamaikan. Aktiviti yang boleh buat kat sini adalah jogging dan picnic! Bayangkan korang datang dengan orang yang tersayang, bentang tikar, makan sandwich. Picnic kan. Nak baring kat rumput dia pon takde masalah kot.

Kings Park and Botanic Garden – Escapism

Nampak geram tak tengok hamparan rumput tu? Nak dapatkan nice shot, ambil gambar korang lompat ramai-ramai. Nice! Sis ada try jugak, tapi lompatan tak cukup athletic kot. Tak rupa orang rasanya.

Rasa macam nak guling2 dekat rumput dia tapi takpelah.

Angin yang nyaman beserta senyuman

Taman ni memang besar. Keluasan dia aku tak sempat pulak nak ukur. Okay gurau. Boleh google je sebenarnya. Disebabkan besar, banyak lah spot2 menarik nak tangkap gambar. Setiap pokok, daun, bangunan mesti nak ada dalam gambar. Perempuan sangat!

Sebab pokok belakang tu unik, selfie di setiap sudut kalau boleh.

Kerna selfie tegak itu klise.

Blue Boat House

Akhirnya, sampai jugak di Blue Boat House. First impression aku bila tengok gambar orang dekat rumah biru ni, sekeliling dia adalah kawasan dipenuhi dengan rumah-rumah lain and ada stall2 kecik orang jual2. Salahkah imaginasi aku? Bila sampai, sangkaanku tidak benar sama sekali. Blue boat house ni berada di seberang jalan yang agak sibuk. Tak boleh nak suka hati parking kat tepi jalan dia. Memang kena melintas. Nak melintas pon jangan suka-suka hati tahan kereta nak. Sebab kat situ freeway bukan highway. Bezanya freeway takde traffic light and orang akan laju je bawak kereta. Tapi bila dah sampai tu memang seronok lah. Reflection blue house tu dan sekelilingnya memang superb! Kadang terjumpa lah jugak dengan swan lalu dengan gembiranya. Nak bergambar pon kena pandai2 cari lighting okay. Agak-agak dah puas hati bergambar, kita gerak ke tempat lain pulak.

Blue Boat House – Posing satu kaleyy.

With my girls.

Ada mamarazzi pulak belakang tu.

Moore River, Guilderton

Tempat pertemuan muara sungai dan laut. Banyak aktiviti boleh buat kat sini. Boleh cek kat website dia. Tapi nak cerita dia tengok lah Moore River ni. Kita akan lihat betapa hebat kekuasaanNya yang menciptakan segala sesuatu. Insaf seketika. Perjalanan beribu batu kalau tak diambil walau secebis pengajaran, apa gunanya.  Bak kata orang, take a minute, breathe and feel it.

Moore River

Dari river ni ada laluan nak ke bahagian tepian pantai dia. Kalau tengok dalam gambar, yang putih terapung tu adalah buih. Macam buih sabun pon ada. Btw, perjalanan dari bandar ke Guilderton ni ambil masa dalam 1 jam. Sempat jugak lah terlelap sementara nak sampai ke sini.

Laluan ke tepian pantai

Fefeeling di tepi pantai sebab bunyi dan suasana dia superb.

Model tak berbayar.

Lentok-lentok dengan ‘sunkiss’. Highlighted panorama belakang tu.

Lancelin Sand Dunes

Lancelin ni kira macam kawasan country side. Jauh lah dari bandar. Sekali tengok macam kawasan padang pasir. Sebelum nak sampai ke kawasan ni, akan lalu dulu kawasan perumahan dan kedai2 sekitar situ. Kalau ikutkan, nak lunch dan picnic di bawah teduhan pokok sambil tengok view laut. Cuaca tidak mengizinkan sebabnya hujan lebat dan too windy. Kisah dia, picnic nya jadi dalam bas sahaja. Makan lah bekalan makanan untuk lunch tu dalam bas.

The main activity bila sampai Lancelin ni adalah sandboarding. Disebabkan hujan, pasir tu basah dan memang tak boleh nak buat pon aktiviti tu. Masa kami sampai kawasan sandboarding tu, hujan sekejap2. So, merasalah jugak naik atas timbunan pasir  tu ditemani dengan angin yang kuat. Btw, tempat ni semula jadi. Bukan orang yang buat untuk jadikan tempat attraction. Mother-nature lah katakan. Tapi sedih jugak lah tak dapat nak sandboarding. Just for info, harga nak sewa papan luncur dia 10AUD. Punya dah bayar siap2 dekat tour guide tu, tapi tak dapat nak merasa pulak.

Kuch kuch ho ta heyy kononnya.

Bila tak dapat main sandboarding, maka jadilah sesi penggambaran. Boleh siap shooting drama Hindustan!  Berangan lah sekejap. Siapa perlukan pelakon tambahan boleh pm tepi lah kot. Hiks. Ada orang kata tempat ni macam dekat Klebang, Melaka. Aku syak Klebang tu tiru Lancelin ni kot. Bila nak mendaki pasir ni macam, ku semangat. Boleh tahan tinggi lah tapi tak curam pon. Dah sampai atas dia, nampak lagi view laut sekeliling tu. Manalah tak feeling retis kalau gitu.

Aktiviti lain selain sandboarding, naik 4×4 wheeler. 25AUD sorang. Kami tak naik pon sebab nak jimat duit. Dan aku rasa tak menarik pon sebab rasa macam naik kereta je, tengok view dalam kereta.

Yang syoknya angin tiup2 tudung terbang2 berkelepet.

Pinnacles

Tempat lambakan batu kapur yang wujud secara semula jadi. Katanya mula2 dulu ada meteor jatuh di kawasan tu. Daripada meteor tu terbentuk lah batu-batuan ni. Masa kami pergi ni baru lepas hujan. Nak ke sini memang agak lecak lah. Jadinya, sempat snap bahagian dekat2 je dan tak lama pon. Kalau korang berpeluang, dapat lah jumpa kangaroo yang tinggal kat situ. Time kami nak ke bas tu, ehh terserempak dengan haiwan lompat2 ni. Tak sempat nak ucap selamat tinggal dia dah lari dulu.

The Pinnacles

Boleh nak main sorok2 lari2 mangimbau zaman kanak-kanak.

Perjalanan dari Pinnacles nak ke apartment dalam 3 jam. 3 jam tu lah aku duduk termenung dalam bas, even dalam bas tu ada je pasang movie. Nak tidur tapi tak terlelap jugak. Dah sampai apartment baru rasa penatnya hari ni. Basically, masa banyak habis dekat jalan sebab almost 6 hours perjalanan pergi dan balik. Apa2 pon syukur Alhamdulillah.

Tamat sudah alkisahnya #inatravels tempat menarik di Perth. Sekian.

#inatakesperth – Day 3

Al kisah untuk #inatravels di Perth pada hari ketiga biasa-biasa saja. Kami sambung pusing Perth city dan shopping lagi! Basically hari ketiga jadual dia much more free and easy. Pukul 10 pagi baru berkumpul dan gerak naik public transport. So, sementara nak tunggu yang lain tu, singgah jap dekat convenience store dia mengopi kejap. Btw, breakfast kami tiap-tiap hari adalah roti + scrambled egg dan cereal + fresh milk. Sihat sangat!

Depan apartment – Mulakan hari anda dengan berkeping selfie serta senyuman.

Watertown Brand Outlet

Tempat shopping famous di bandar Perth. Nak bandingkan macam JPO, MPO dekat Malaysia. Macam tu lah rupanya. Dan nak ke sini boleh naik yellow CAT bas. Mostly kedai barang-barang branded dan boleh tahan discount dia. Tapi sis hanya merenung di luar jendela sahaja mengenangkan poket tak tebal mana pon. Kita cari yang mur mur sahaja. If korang memang nak cari beg atau segala jenis beg, boleh pergi kedai Strandbag. Memang sis terjebak lah sampai terangkut berbeg-beg. Eh. Kalau tak nak beli takpe, just window shopping je la, cuci mata. Kalau berkenan mana2, boleh lah sediakan je wang nya.

Watertown Brand Outlet

Dah penat keluar masuk deretan kedai kat situ, memang confirm perut mintak makanan. Pilihan makanan halal yang ada kat situ adalah makanan orang Turkey. Tak ingat pulak namanya. My bad, lupa nak catat (alasan). Kami order dua jenis dishes. Satu macam roti pratha berintikan daging kisar dan sayur-sayuran. Lagi satu nasi+daging, tapi nasi dia tak sama lah macam nasi kat Malaysia. Cukup je nak kongsi bertiga.

Lunch – Makanan orang Turkey katanya.

Perth city

First day hari tu just dapat jalan tempat2 attraction ni sekejap2 je. Kami decide untuk datang sini lagi, without our tour guide. Free and easy, so boleh lah nak pergi mana ikut gerak hati, ewwahh. View macam dalam drama Jangan Benci Cintaku (sis bukan peminat tegar drama ni), inilah dia. Berlatarkan bangunan-bangunan tinggi company2 besar, yang penting jalan dia memang tak sesak.

Perth CBD – Kota metropolitan, I guess.

Lepas je kenyang makan dekat Watertown, terus gerak ke sini. Dengan beg2 plastik shopping sekali lah masuk bergambar. Sebenarnya banyak lagi tempat yang kami tak explore. Especially yang dekat jambatan macam dalam drama tu, disebabkan cuaca nak hujan masa tu.

Shopping sampai tak cukup tangan katanya.

Attraction at Perth CBD – Dalam gambar janji nampak 6 rings tu.

Takde gambar bertiga sebab tak hire photographer.

Sterling Gardens

Dan lagi untuk hari ketiga. Was not in good weather. Masa jalan ke Sterling Gardens ni memang dah agak gelap menanti hujan turun. Tapi sempat lah snap beberapa gambar posing depan pokok.

Stirling Gardens

Lepas je ambik beberapa shot, hujan pon turun. Nasib baik bawak payung. Sebab memang dijangkakan akan hujan sepanjang hari. Bila hujan ni, memang angin dia sangat kuat. Orang yang berat dia 40kg ke bawah boleh terbang dibawa angin lah jugak. Aku ni lah antara orang2 yang hampir ‘terbang’. Heh. Bila dah hujan tu, destinasi seterusnya confirm2 la balik apartment. Nak jalan ke stesen bas dia memang menguji sebab dah lah hujan, angin dia kuat dan sejuk amat. Pegang payung pon, tak silap payung tu terus jadi antenna. Bayangkan lah sendiri kuatnya angin tu macam mana. Bila dah masuk dalam bas, lega. Even kami terambik route yang panjang untuk balik ke apartment, at least dah ada dalam bas, and yang penting ada heater.

Pose pegang jaket je sebab jaket takde poket. Kaitan.

Agak2 cuaca dah okay, malamnya kami keluar lagi. Dalam pukul 6 petang jugak. Dinner di Insan’s Cafe lagi. Sebenarnya ada lagi tempat makan halal area Insan’s Cafe tu. Boleh pergi ke D’Ankasa. Tapi sebab dah malam dan yang kami tahu jalan menghala ke sini je. Dah kenyang makan, kami pon plan nak ke area Bell Tower tu. Disebabkan sejuk dan angin sangat kuat, pakaian pon tak berapa nak tebal, dah jalan separuh terus patah balik. Tak tahan sis dengan cuaca pon nak hujan. Cepat2 kejar last CAT bas nak balik ke apartment. Mugkin kekangan cuaca menyebabkan sis tak dapat nak explore banyak tempat. Yang penting enjoy the littlest moment!

Dinner – Insan’s Cafe lagi.

Good night. Sekian.

#inatakesperth – Day 2

Aktiviti untuk hari kedua agak penuh. I like! Alang-alang dah jalan jauh, kena maksimumkan aktiviti untuk satu hari tu kan. So, here we go.

Caversham Wildlife Park

Tempat yang ditunggu-tunggu ialah tempat nak tengok koala, kangaroo dan rakan-rakannya! Dekat sinilah tempat nak bagi makan kangaroo. Caversham ni totally bukan zoo. Kalau zoo, dia ada segala jenis haiwan yang hidup dekat Perth tu. Tapi kat sini, tumpuan dia adalah koala, wombat dan kangaroo. Before nak masuk ke kawasan Caversham ni memang boleh nampak merata kangaroo ni sebab banyak sangat. Memang habitat dia dekat situ kan. Harga nak masuk ialah 29AUD. Fees dia dah termasuk nak bagi makanan kat kangaroo tu nanti. Masa kami masuk ni, memang dah ada ranger yang assist untuk tengok haiwan2 semua tu.

Caversham Wildlife Park – Family photo dulu before masuk.

First sekali masuk terus jumpa koala. Sebab nak bergambar dengan koala ni ada waktu2 dia. Sekarang pelancong boleh pegang, usap2 belakang koala je. Dah tak boleh nak dukung. Nak usap dia pon ada cara dia. Jangan korang tersalah usap tangan ranger tu sudah lah ye! Based on info yang sis dapat, energy koala ni ada 2% je. So dia cepat penat nak entertain orang. Koala ni bukan ada satu je, banyak je kat sekeliling kawasan tu tengah tidur bertenggek di celah2 dahan pokok.

Mana lagi comel, Ina atau koala? Okay, tak gurau sajer.

Next, Wombat and Friends. Di kawasan ni ada Wombat, ular, possum dan beberapa jenis burung. Yang famous nak bergambarnya ialah si Wombat ni. Katanya macam adik beradik kangaroo dengan koala? Sebab haiwan ni tak ada kat Malaysia, so one picture please!

With Wombat

Lepas tengok wombat and friends, kita jumpa kangaroo pulak! Kangaroo dia semua friendly. Waktu pagi memang waktu diorang lapar. Hulur je makanan, semua berkerumun. So, bila hulur tu memang depa taknak lepas tangan daripada kita. Lagi feeling2 bila kau sorang dikelilingi kangaroo comel2 nak mintak makanan. Macam nak bagi anak2 kucing makan. Ha, snap lah banyak2 gambar.

Semestinya bersama kangaroo!

Sebenarnya kangaroo tu makan je makanan yang sis bagi. Cuma dalam gambar ni macam nampak malu2 pulak. Just for sharing, kenapa haiwan ni nama dia kangaroo? Tour guide kami cerita, masa mula2 haiwan ni ditemui, ada conversation antara dua orang putih ni. Sorang tanya, haiwan apa tu? Native ni pon cakap, “Kangaroo”, di mana maksud dia “I don’t know”. Dari situ lah munculnya nama haiwan yang berpoket ni.

p/s: Sis tak sempat nak usha mana poket dia. Kononnya nak tengok gak la kangaroo ni bawak anak dia dalam poket.

Kangaroo tu malu2 dengan saya pulak.

Area Caversham- Tak sah kalau tak selfie.

Dalam Caversham ni ada farm show. Masa show tu dia tunjuk macam mana nak panggil sheep tu masuk dalam kandang and cara mencukur bulu2 sheep yang digunkan untuk buat clothing tu. Budak2 kecik boleh lah nak try bagi minum susu dekat anak2 kambing biri-biri ni. Lepas habis farm show ni, boleh pusing2 lagi nak bagi makanan kat kangaroo atau nak tengok haiwan lain. Scenery dalam caversham ni pon cantik-cantik.

Farm show entrance – Kecik saja

Happy lepas jumpa koala dan kangaroo!

 

Whistler’s Chocolate Factory

Syurga penggemar coklat, mungkin? Masuk je pintu dia, terus serve sample coklat dia. Yang famous kat sini pretzel bersalut coklat. Sis beli satu pek kecik je. Sekali makan confirm nak lagi. Sedap. Tapi, tak silap aku, ada lagi kilang coklat yang lagi famous dekat Perth ni. Siap boleh tengok lagi cara penghasilan dia. Aku expect masuk2 tu boleh lah tengok proses nak buat coklat tu, sebab katanya pergi factory kan. Sekali masuk, lah kedai coklat je. Conclusion? Expect less! At least, jumpa lah coklat made in Perth, Aussie gitteww.

Whistler’s Chocolate Factory

Frementle City Tour

Kailis’ Fish Market Cafe

Kailis’ Fish Market

Datang Perth tak sah kalau tak singgah Kailis’ katanya. Di sini famous dengan the best fish and chip menu siap dapat award lagi. First impression sampai sini, serious cantik view dia. Belum masuk lagi dekat dalam restaurant dia, sebab dekat luar dia memang view macam dekat pelabuhan. Bila masuk, kami terus order fish fillet dengan squid n chip. Dekat kaunter tu order dan terus bayar. Then, dia akan bagi buzzer ni untuk bagitau makanan kita dah siap. Macam makan dekat 4Fingers la kiranya.

Dah settle order, kami pon pilih tempat duduk. Ada bahagian dalam and bahagian luar. Dekat luar memang syok lah dengan angin-angin sejuk dia, beserta pemandangan di tepi pelabuhan ditemani burung-burung berterbangan. Tak syoknya, burung2 kat situ tanpa segan silu terus sambar Fish n Chip yang tengah panas2 untuk dimakan tu. Mahal2 beli tapi burung pulak yang makan, tak ke sedih perut kita. Jadinya, kami pon pilih untuk duduk bahagian dalam and tepi tingkap. Still dapat menikmati view jugak, ye dak?

Buzzer untuk pick up makanan

Begini lah rupanya dishes yang kami pilih. Tu pon kami pilih paling murah kot. Kalau nak hidangan yang cantik, order lah yang ada udang, ketam and segala seafood yang kalian nak. Dua ni harga dia 25AUD lebih kurang. Kalau nak suruh sis review rasa dia, biasa2 je. Macam fish fillet dengan fries yang kita goreng sendiri untuk minum petang kat rumah tu. Tapi fries dia besar dan tebal. Bila makan banyak2, boleh dikatakan agak muak sebab takde sos. Penambah perasa dia cuma salt, pepper and macam mayonnaise je.

Luncheon!

Disebabkan Fremantle ni memang kawasan pelabuhan, so inilah pemandangan indahnya. Cuaca masa ni mendung2 nak hujan, tak sempat nak bergambar sangat. Tapi sempat lah nak selfie.

View depan Kailis’ Restaurant

Kawan-kawan saya excited lepas kenyang makan ikan dan sotong.

Fremantle Market

Tempat shopping souvenir murah adalah di Fremantle Market. Fremantle Market ni pulak bukak weekend je, tapi masa kami pergi tu weekdays. Tak dan nak shopping kat sini. Katanya lagi banyak pilihan and boleh rambang mata. Nasib baik jugak lah kot kami tak pergi, kalau tak memang dah terus habis kot duit. Tempat shopping best kat Fremantle Market ni adalah di Megabes (based on review ramai orang). Kami just di bawa ke kedai milik kenalan tour guide. Harga dia memang quite cheap berbanding dekat bandar Perth. Contohnya macam sweater di Fremantle 15AUD, tapi dekat bandar 20AUD. Design dan jenis kain pon sama je. Murah tak murah di Fremantle ni. Siapa kaki shopping memang sini la tempatnya.

Area Fremantle Market – Shopping sampai kering.

Sebenarnya banyak historical places di area Fremantle ni. Tapi tour guide kami just tunjuk and terangkan dalam bas sahaja. Tempat2 historical ni best untuk dilawati sebab you can put yourself in that situation and feel it. Tak bosan pon kalau kita faham sejarah di sebalik tempat2 ni. Antara tempat best untuk menyelami sejarah tempat2 di sini, Fremantle Prison dan The Round House. The Round House ni tempat patut korang naik. Sedih gak lah sebab banyak2 tempat di Fremantle ni, tapi tengok dalam bas je. Mungkin sebab cuaca time tu hujan renyai-renyai kot. Optimis sikit (Ayat penyedap hati je kot).

Maritim Museum Reserve

Antara tempat simbolik sejarah di Fremantle. Tempat ni sesuai untuk tangkap gambar and ambil angin bila tengah stress. Bila nak masuk kawasan ni, jalan dia menaik, macam naik bukit centu. Sebabnya dari atas ni memang nampak sekeliling tu adalah bandar pelabuhan Fremantle. Subhanallah.

Dah alang2 matahari on point, kena selfie berkeping. ‘Sunkiss’ katanya. (Muka sis pon dah berminyak sebab tak touch up make up lepas berjalan dari pagi. Sis redho.). Destinasi terakhir before balik apartment. Perjalanan ambil masa lebih kurang 1 jam plus minus ke Perth city.

Maritim Museum Reserve – Muka berkilat nau!

 

 

 

Nak tunjuknya view belakang tu, bukan gambar saya tak senyum okay.

Last bergambar before balik apartment.

Waktu malam, kami habiskan masa di apartment sahaja sebab dah kepenatan. Ada yang pergi bandar and based on gambar yang diorang share tu, quite nice la tempat untuk lepak waktu malam, sebab ada lampu2 cantik area Elizabeth Quay tu.

Dinner kami? Maggi of course dan Samyang Zihah bawak. Sekian.

#inatakesperth – Day 1

It’s Winter trip to Perth, Western Australia! #inatravels

Macam biasa, pantang cuti je mesti ada tempat nak ‘explore’. So, setelah short listed kan beberapa tempat, kami decide untuk ke Perth,WA. Dan travelmates sis semestinya lah Nazihah dan Jannah!  Tarikh yang kami pilih adalah 23-27 Julai 2018 which was in the middle of winter. Okay sis first time merasa musim sejuk (excited kejap), tapi dekat sini, suhu time winter dia 13 degree Celcius ke 18 degree Celcius, and kerap hujan. Takde lah sampai suhu negatif.

I expected that the post gonna be sooo long, so I will write about our journey day by day.

Day 1- And the journey begin… (ewahhh)

KLIA2 – Perth Airport

Penerbangan ambil masa 5 jam 25 minit, and our flight was at midnight around 12.05am. Kononnya yeay boleh lah tidur dengan nyenyaknya, bangun2 dah sampai. Dan realitinya, naik pon flight AirAsia X, memang sits dia muat2 je la. Asal boleh sampai ke destinasi ye dok? Tapi aku tidur2 pon, siap boleh mimpi lagi lah sebenarnya. Lol.

Dalam lebih kurang 5.30 am tu kira dah touch down di Perth Airport. Dah sampai airport mestilah kena lepas kat imigresen dia dulu. Jangan lupa isi form yang diberi lengkap2, and bila sampai kat kaunter tu, bagi senyuman paling manis okay! Kalau dia suruh declare bawak makanan apa bagitau je. Nak senang buat lah declaration list makanan yang korang bawak  tu dalam satu kertas. Tapi time kami, dia just tanya datang ni buat apa? Jawab elok2 pergi holiday, jangan cakap nak petik buah pulak.

img_4588

Perth Airport

Dah settle ambil beg semua, dekat pukul 7am jugak baru settle and jumpa tour guide kami. Cepat2 kejar waktu solat Subuh kat prayer room dia. Prayer room dia jenis yang open, maksudnya bukan hanya untuk Muslim sahaja. So takde lah asing untuk lelaki/perempuan sahaja. Nak solat kena ganti2 jugak lah kot. At least ada orang jaga barang and tengok2 kan kita. (Berjalan pon jangan tinggal solat okay!)

Simkad- To stay connected gitu!

Bila berjalan, tak sah lah kan kalau tak update Ig kan. Hehe.. Beli simkad ni option je, biasanya dekat apartment/hotel mesti ada wifi kan. Kalau nak jimat duit, guna je wifi kat tempat stay korang tu. Kat mana nak beli? Bila keluar2 je dekat tempat arrival tu memang terus nampak kiosk jual simkad ni. Yang aku perasan ada Optus and Vodafone. Dia ada banyak je pelan boleh pilih, tapi kami beli plan Optus for 10AUD, 5GB and 5 days, memandangkan kami stay sana pon 5 hari je.

img_6384

Of course you need internet to update your Instagram!

Starwest Apartments Alderney on Hay

Ni tempat stay kami selama 5 hari 4 malam. Check-in sepatutnya pukul 2pm tapi disebabkan flight awal, sampai2 je letak beg dulu, touch up2 sikit and terus buat city tour, pusing2 bandar Perth.

img_2546

Ini lah apartment nya.

City Tour- Perth CBD

Transportation

Bandar Perth dikenali as Perth CBD (Central Business District). Pusing-pusing bandar ni sesuai naik public transport je- bas. Sebab nak kata jalan busy takde lah busy sangat. Maybe ramai naik public transport kot and banyak sangat bas yang ada. Kekerapan dia pon tak payah nak tunggu lama2. Kami naik CAT bus which is free bus. Ada bas yang berbayar macam Transperth. CAT bus stand for Central Area Transit and dia ada 4 lane (biru, merah, kuning, hijau). Nak pergi tempat center of attraction dia naik je CAT bus ni, tapi kena pandai pilih lane. Benda ni menguji jugak lah sebab kena pandai tengok map masa bila nak tukar lane, sama je lah jugak macam naik LRT Kelana Jaya lane nak tukar ke MRT Sg Buloh-Kajang. Kalau taktau jangan risau, tanya je pemandu bas dia. Best bila ada bas free macam ni, senang nak ke bandar bila2 ikut waktu dia.

Swan Bell Park

Tempat mercu tanda dia adalah Bell Tower. Kiranya macam KLCC lah kalau dekat KL tu. Nak naik tower tu berbayar, kalau nak tengok view dari atas tu boleh lah naik. Dari tepi dia akan nampak seolah-olah macam Swan dan akan berbunyi setiap pukul 10 pagi kalau tak silap. Sebab tu panggil Bell Tower. Lagi satu, dia tak ada lah tinggi mana pon. Area park ni lawa tangkap gambar je lah and boleh naik cruise. Harga cruise ikut pakej2 dia. View dia, Subhanallah, serius lawa!

Gegadis at Perth- Ina, ZIhah, Jannah

View of Swan River

First proper picture of gegadis around Swan Bell Park

Korang jangan nak kata gambar atas ni, alah bergambar dengan pokok pisang je pon, ada kat Malaysia. (Masalahnya, pokok pisang ke tu?) Gambar ni citizen situ yang offer tolong tangkapkan tau. Bagi aku, depa ni memang peramah belaka.

Swan Bell Tower- Not to forget, ‘family picture’.

Inilah rupa Swan Bell Tower tu. Bangunan tepi tu tengah construction.

Stirling Gardens

Its just a small garden yang ada dekat tengah2 bandar. Dari Swan Bell Park tu, jalan sikit dah jumpa Stirling Gardens ni. Pemandangan memang fully hijau lah. Rumput dia, MasyaAllah hijau dia buatkan kau rasa nak guling2 atas tu, macam dalam drama tu. Lagi cantik bila kau snap, gambar kau baring atas rumput tu and matahari on point. Tapi kami tak buat lah sebab rumput basah weh time tu. Kalau tak memang dah lama dah ada berkeping2 gambar atas rumput. Nama pon garden, mestilah ada pokok besar dan bawah dia ada kerusi. Nak buat confession, feeling2 di bawah lindungan pokok dalam taman hijau ditemani angin sepoi2 tu memang sesuai sangat! Time ni singgah sekejap je, so gambar pon tak banyak. Kita pergi lagi nohh nanti hari ketiga.

Stirling Gardens- Farah kata gambar ni cunss so sis acah2 retis sat.

London Court

Sejarahnya orang2 British yang mula-mula jumpa kota Perth ni, makanya kat kawasan situ memang ada bangunan tinggalan2 orang British. Reka bentuk dia memang macam dekat London gitu. London Court ni kiranya macam tempat shopping jugak lah tapi kome tengok2 je lah nanti menyesal beli sebab ada tempat yang jual lagi murah. Nak berangan macam di tengah kota London, boleh la berdiri kat tengah2 laluan tu tengok orang lalu lalang.

London Court

Selfie di mana-mana. Muka sis jugak paling depan.

Perth CBD

Nak cari makanan halal pon senang dan banyak je dekat bandar ni. Bila dah tengahari memang mintak cari makan lah sebab dari malam tak makan lagi. Before kedai makan tu bukak, pusing2 dulu ambil gambar puas2 dekat segala pintu dan bangunan cantik yang ada. Gambar kat pintu dan dinding segala tu kita simpan sendiri je lah eh.

Area Perth CBD

Insan’s Cafe

Tempat makan wajib bila datang Perth ni. Sebab sini memang orang Malaysia punya kedai lah. Datang2 sini cari nasi campur jugak. Harga dia satu pinggan 9AUD nasi+ayam/daging+sayur. Portion dia banyak jugak lah, kami bertiga kongsi dua pinggan, tak membazir dan yang penting jimat duit! Kat Insan’s Cafe ni macam kat kedai makan biasa, nak makanan panas, goreng2 pon ada. Order je. Harga dia standard lah 9AUD ke atas. Dekat deret area Insan’s Cafe ni ada kedai souvenir dan yang famous Chemist Warehouse- tempat jual perfume murah katanya. Dia macam drugstore jugak. Tapi aku tak reti pasal perfume2 ni and tak minat pon, so masuk tengok2 je.

Insan’s Cafe- Sampai2 terus cari makanan Malaysia jugak.

Lepas dah siap lunch, kami pon balik apartment untuk check-in dan bersihkan diri segala bagai. Petang tu free lah kiranya, ingatkan nak pusing2 bandar lagi tapi katil tu nampak menarik lagi kot. Sepetang rehat, lepas maghrib keluar cari makan lagi. Dan kat sini waktu siang pendek, as 5.30pm dah gelap dah. Disebabkan kami ni tak bawak makanan beria2 (bawak pon maggi je kot) dari M’sia, carilah makanan halal kat situ. Dekat dengan apartment kami memang ada jual kebab halal. Kami order satu je sebab besar. Harga dia 12AUD, ikut korang pilih ayam ke daging ke nak add on apa2 ke. Sis belanja gambar je lah ye.

Dinner- masing2 lapar lepas bangun dari tidur

Kebab dia besaq hokay.

Lepas dinner, terus pergi convenience store dia, cari makanan nak makan untuk breakfast. Kelengkapan barang dapur semua ada dalam apartment tu. Kami beli telur, roti, cereal, and susu. Ha, makanlah sampai 4 hari benda sama. Whatever it is, syukur ada jugak benda boleh dimakan. And buat preparation makanan before nak berjalan tu. Jangan mengharapkan maggi je. Sekian.

Penang Escape Water Play

Seperti yang dijanjikan dari entri lepas, let me share aktiviti yang kami main dekat Escape Water Play. Senang nak faham macam water park la. Kitaorang main dari pukul 4 pm sampai 6 pm pon dah puas. Rules dekat Water Play ni mesti berpakaian swimming suit. Untuk gegirl yang tak ada swimming suit tu jangan risau, ada kiosk untuk sewa muslimah swimming suit which is RM 10. Ada saiz S sampai 2XL and walaupon aku kecik, aku amik saiz M sebabnya takda la muat2 ja baju tu. Faham2 je la kalau namanya swimming suit tu macam mana. Nak sewa ni boleh pakai cash.

Disebabkan Penang Escape famous dengan gelongsor yang tinggi dan panjang, kami pon terus serbu dekat situ. Dia ada 3 gelongsor kat situ, Tubby Tunnel yang paling tinggi dan tak bertutup, Tubby Rapids bawah dia dan tak bertutup dan, Family Twister gelongsor yang bertutup. Nak naik gelongsor ni pon kena angkut pelampung tau. Before naik tu memang ada berlambak pelampung sama ada yang sorang punya atau partner. So, kami ni ambil yang 2 orang punya. Nasib baik pelampung ni tak berat. Yang penatnya cuma naik tangga je sebab tinggi sangat. First yang aku naik, Tubby Rapids which is bawah Tubby Tunnel. Bestnya sebab lama main gelongsor tu and pusing2 dia tak banyak sangat. Nak lagi best, main Tubby Tunnel. Memang boleh nampak empangan kat situ, boleh enjoy scenery, boleh sembang2 and sempat la kalau korang nak confess apa2 dekat partner korang tu! Aku tak try gelongsor yang bertutup so taktau sangat pusing2 dia macam mana.

Lepas je habis main gelongsor tu korang boleh lepak2 lagi atas pelampung, main dekat Lazy River. Memang rilek habis la sebab river dia lebar jugak. Kalau korang pandai berenang or terapungkan badan tu boleh lah santai2 kat sini. Next, kitorang pergi dekat bahagian Play House. Dekat sini untuk aktiviti dengan family sesuai sangat, yang ada anak2 kecil tu boleh lah main dengan riangnya. Banyak gelongsor tapi yang standard macam dekat playground tu lah. And ada baldi yang besar tu! Macam aku, berdiri dekat port yang rasa2 kena air tu jatuh, tunggu sampai penuh, dushhhh!! Yeay kebasahan lah semua! Air yang jatuh tu memang rasa puas lah.

Dah puas main air dekat Play House, kita pergi aktiviti yang syok sikit. Speed Racer! Nak main ni kena angkut slider yang dia sediakan kat situ. Dia aktiviti kat gelongsor yang menggunakan slider dan kena meniarap. Escape team memang akan jaga kat situ dan dia guide la cara macam mana nak guna slider tu. Sebabkan aku tak meniarap dan pegang slider tu betul2, first try memang tersangkut je la kat atas. And bila nak betulkan postur badan, terseliuh bebs pinggang. Nasib lah nak! Bila slide turun tu memang jantung rasa nak tercabut sikit la sebab rasa macam terbang jugak! Aku rasa macam slider tu terkeluar dari gelongsor tu, padahal tak pon. Yang ni nak try banyak kali pon no hal. Kawan aku naik Speed Racer ni dua kali, tapi sebab aku nak try naik benda lain, aku naik sekali sahaja.

Aktiviti yang berdekatan dengan Speed Racer ni adalah Super Looper dan Mega Drop. Sejenis gelongsor jugak tapi nak menggelongsor tu dengan teknik yang berbeza. Aku cuma main Super Looper je sebab tengok Mega Drop ni just main gelongsor biasa cuma ketinggian dia je lebih sikit. Super Looper ni gelongsor yang korang akan dilepaskan secara mengejut dan loop dia sangat banyak. Disebabkan berat badan aku yang ringan, aku tersangkut! Haha! Tak lepas sampai bawah! Makanya, rescue team la datang menyelamat. Kena la keluar dari pintu gelongsor kat situ. Berat badan 50 kg aku rasa dah ideal kot, senang nak main Super Looper and Flying Fox.

Last sekali yang kami main dekat bahagian Waveball. Nak main ni kena pakai life jacket. Life jacket ada pelbagai saiz ikut kesesuaian badan korang la. Sebabkan dia air yang ada ombak, dan aku tak pandai berenang dan apungkan diri, aku main sekejap je. Ombak dia besar jugak la. Untuk yang memang suka aktiviti air, best la nak main kat sini. Aku cuma main yang kawasan takde ombak. Takde hal lah. Janji enjoy.

Dan yang aku rasa korang patut try dekat sini ialah Banana Flip. Aku taktau ke’extreme’an dia macam mana tapi aku rasa best jugak kalau tengok video dekat facebook escape ni. Aku tak try sebab masa tu ramai sangat lelaki dekat bahagian tu dan tak ada perempuan main kat situ. Lagi pon dah petang sangat and nak tutup dah. Kiranya last aktiviti air kami dekat Waveball tu. Kami habis tu pon dah pukul 6 petang. And jangan risau ada toilet yang sangat selesa dan surau disediakan. Jadinya itu sahaja aktiviti dekat WaterPlay ni sebabnya baru lagi dia bukak. Sebelum ni hanya ada Adventure Play. Worth la dengan harga yang dibayar tu.

P/s: Kat sini ada jurugambar, and pandai2 la buat pose yang semenggah, sebab semua gambar dia akan post dekat Facebook rasmi dia. Tak payah keluar duit nak beli gambar kenangan ye dok.

Sekian, habis sudah cerita di Penang Escape.