Penang Escape Adventure Play

Peace be upon you and Hi peeps!

Post kali ni aku nak share pasal pengalaman aku pergi Penang ESCAPE di Teluk Bahang jauh sikit dari bandar Georgetown tapi dekat la jugak dengan Batu Feringghi. I went here during my semester break, to be exact 16 Jan 2018 which was weekdays. 1 tip is better sesiapa nak enjoy habis dekat sini, pergi weekdays sebab biasanya weekend or school holidays memang pack and korang tak dapat nak merasa semua.

Escape buka setiap hari kecuali hari Isnin and buka dari pukul 10am hingga 6 pm. Nak ceritanya kami sampai sebelum depa bukak lagi sebab bersemangat sangat nak main. Jadinya kitorang pon lepak2 la dulu tangkap gambar. Bila dah pukul 10am, kami masuk and letak la barang2 dekat locker. 1 locker RM10, boleh muat 2 bag. Tapi kalau beg korang tak besar mana boleh je sampai 4 beg.(Tapi kat dalam escape ni semua cashless, means korang kena beli e-wallet, kira macam Touch n Go tapi versi guna passcode). In case kalau korang bawa kereta, simpan dalam kereta pon tak apa. Car park provided and luas la juga. Dah settle simpan barang baru boleh enjoy!

Here we go! Basically yang korang kena tahu, Escape ada dua bahagian, Adventure Play dan Water Play. Kami pergi Adventure Play dulu sebab dah berpeluh baru boleh main air. Jangan lupa warm up dulu sebelum main, sebab kitorg excited sangat sampai lupa nak warm up. Kesudahnya malam tu habis sakit satu badan.

Sampai2 first sekali mesti bergambar!

First game yang kitorang serbu adalah Gecko Tower- sama macam wall climbing. Sebabkan first time aku try wall climbing, lambat jugak la nak sampai kat atas tekan button timing tu. Nama pun Gecko Tower, so dia memang macam tower la tapi tak tinggi mana pon. Dia ada 4 bahagian dinding yang berbeza route, korang boleh naik. Tapi aku naik satu bahagian je sebab tu pon dah cukup nak membuatkan korang bertambah excited buat aktiviti lain. Bak kata omputeh, “adrenaline rush” gitu.

Next, kitorang naik Atan’s Leap. Yang ni memang gempak sikit ah sebab dia macam free fall dari ketinggian 20 meter weh. Bayangkan 20 m tu! Tapi jangan risau la, ada yang jaga kat atas. Sebelum naik atas tu, kena pakai la safety strip yang dia sediakan tu. Then, naik la tangga sampai ketinggian 20 meter tu. Bila dah sampai atas tu dia bagi rest kejap ambik nafas, nikmati alam sekitar dulu, ye la dah naik penat2 terus suruh terjun turun memang tak lah kan. Sebab kami 3 orang je yang naik, so aku jalan dulu. Nervous weh nak turun tu, and memang gayat gak la. Abang yg jaga kat situ pesan awal2 dah jangan tengok bawah kalau memang gayat sangat. Disebabkan ketinggiannya 20 meter, memang tarik nafas dalam2 la nak terjun tu. Bila dah ready betul2, terjun la apa lagi. Time nak terjun tu, memang rasa macam masuk dalam gaung! Jerit la puas2, 10 meter dari atas memang korang akan rasa betul2 laju giler jatuh tu, ye la nama pon free fall. Lepas 10 meter seterusnya dah tak laju, so boleh turun dengan stabil. Turun tu pon korang kena pastikan badan tegak. tapi sebab aku nervous sangat, badan aku memang longlai je, aku turun terus duduk terjelepok gitu. Haha! Tapi syok wo!

Game yang ketiga ialah Aerobat. Aku tak ingat sama ada 15 meter atau 10 meter ketinggian dia. Yang pasti abang yang jaga kat situ bagitau, kalau 20 meter boleh naik, takkan yang ni tak boleh. So, why not we try kan. Aktiviti dia macam aerobatic buat show tu. Macam main gayut2 dekat playground time kecik2 tu. Cuma pole dia tu bergerak je. Aku tak tau nak terangkan macam mana, kalau nak tau korang google lah sendiri. Dia ada 2 poles nak gayut tu, tapi aku main satu je. Kalau korang pandai buat stunt macam aerobatic tu, tunjukkan la bakat korang. Haha! Abang yang jaga kat situ tunjukkan dulu macam mana nak main. Tapi sebab kitorang ni gadis2 yang memalu nak buat stunt tu, kitorang gayut je la macam biasa. Yang cuaknya bila nak pegang pole tu. sebabnya nak capai pole dia tu rasa jauh giler, and macam nak terjatuh. Korang jangan risau, percaya je abang yang jaga kat situ. Bila dah pegang pole tu betul2, baru la korang boleh tunjuk bakat korang. Gayut la puas2, bila nak lepaskan pole tu, abang yang jaga kat situ bagitau siap2. And don’t worry korang jatuh atas jaring yang boleh melantun. Tak tinggi mana pon, the crucial part cuma time nak pegang pole tu je. Try jangan tak try! And time kitorang pergi tu, around 3 pm, escape team akan buat show dekat game Aerobat ni. Enjoy!

Dah main gayut2 tu, kitorang try naik Tubby Racer. Aktiviti dia macam main gelongsor atas pelampung. Tubby Racer ni tempat dia macam tersorok sikit, so korang jangan la berat mulut nak tanya dekat escape team jaga kat situ. Aktiviti ni antara yang wajib korang kena try. Dah sampai tu jangan expect boleh terus gelongsor okay! Korang kena heret pelampung tu naik atas. Pelampung tu agak berat and kena hiking sikit. Memang rasa jauh je nak sampai atas tu, tapi kalau dah korang nak enjoy, takde rasa penat tu. Game ni satu2nya yang boleh main beramai2. Maximum boleh main sekali adalah 7 orang. Macam kitorang 4 orang sekali turun, and ada tali yang menyambungkan antara pelampung kitorang. Gelongsor dia panjang la jugak and angin dia memang syok habis. Kalau nak rakam, pegang elok2 phone tu.

Disebabkan dah kepenatan ‘hiking’ dan matahari terik, kami pon rest dulu, minum air and recharge. Then, next pit stop was Flying Lemur a.k.a flying fox. Flying fox dia antara yang terpanjang jugak. Kalau korang kurang bernasib baik, kena tunggu la giliran sebab memang confirm ramai naik flying fox ni. Sambil2 tunggu tu, sembang2 la dulu dengan kawan2 korang tak pon dengan pokok. Nak main flying fox ni pon ada cara2 dia, and safety rules yang korang kena ikut. Escape team akan explain satu2. And aku baru tahu, nak naik ni pon ada berat minimum and maximum. Berat minimum supposedly 50 kg, and berat aku cuma 40 kg! Nasib baik abang tu lepaskan, sebab kalau weekend or time tengah ramai orang, dia memang tak bagi naik, sebab tahu mesti akan tersangkut. And yes, aku antara orang yang tersangkut tu. Haha! Aku tersangkut kat satu bahagian. Sementara nak tunggu rescue team datang tu, nikmatilah keindahan ciptaan Tuhan ye. Tak lama pon nak tunggu diorang datang. And another tip is untuk orang yang pakai cermin mata macam aku ni, pandai2 jaga spec korang okay, sebab kawan aku punya cermin sebelah jatuh! It was funny tapi kesian okay. (Sorry Dila!) Kalau dah jatuh tu faham2 lah nak cari dalam hutan memang tak sudah la nak jumpa. And korang tak boleh bawak phone time main ni. Ada locker kat situ, kalau rasa tak selamat nak tinggalkan kat situ, simpan la siap2 dalam locker yang berbayar tu.

Lepas main Flying Lemur, kitorang main game yang terdekat kat situ, yang tak mencabar sangat. Sesuai yang suka gayut macam tarzan tu, boleh la try Jungle Swinger, tak tinggi mana pon. Berdekatan situ pon ada Jumping Jack, macam main trampoline, lompat2. Aku tak try yang tu. And ada jugak Balance Beam, which is macam naik titi kena seimbangkan badan dari ketinggian 5 meter (aku agak je), yang ni nak try tapi takpe la, kitorang pergi game yang lagi best!

Berdekatan dengan semua yang aku mention tadi, kami naik Kite Flyer. This one I told ya you guys MUST try. And mesti ada partner. Pastikan partner korang sama saiz lah bagi seimbang. Kami tunggu nak naik ni paling lama sebab nak set up orang tu makan masa. Apa benda Kite Flyer ni? Benda ni kalau tengok, memang nampak macam layang-layang. Kiranya boleh bayangkan, manusia jadi layang2 yang dilepaskan di awan gitu dari ketinggian 15 meter lebih kurang. Nak set up kitorang tu memang makan masa, and aku tengok Abang2 Escape team tu pon penat wooo.  Bila nak naikkan kitorang tu, abang tu bagi antara kengkawan kayuh basikal. Kira nya basikal tu bersambung dengan takal and tali untuk naikkan kami. Pepaham je la macam mana. This one memang kena kuat semangat sikit la sebab one of us kena tarik tali yang boleh melepaskan kita macam layang-layang. Kalau tak paham, korang kena try sendiri baru tahu macam mana. Perasaan bila tarik tali tu, kau memang rasa macam “I believe I can fly” gitu.. Seriously Kite Flyer is the best! Tapi fefeeling tu sekejap je. Set up dia je yang lama. But its okay, boleh naik banyak2 kali kalau nak.

Last sekali aktiviti yang aku main ialah Monkey Business, kiranya benda wajib jugak korang main kat Escape ni. Monkey Business ada 3 levels and, difficulty dan ketinggian dia berbeza each level. Aku main takat level 1 je sebab matahari tengah terik and aku pon dah kepenatan. Even level 1 pon bukan calang2, jangan pandang rendah tau. Bagi aku, monkey business ni macam mind game. Macam mana kau nak kawal kau punya takut dalam masa yang sama kau kena seimbangkan badan kau, nak melangkah obstacles kat situ. Macam level 1, dia ada 3 route. Tapi time aku main dia bukak 2 route je, route yang masuk dalam hutan ditutup sebab ada yang rosak. Abang2 kat situ memang peramah, dia bagitau route dia sampai mana, yang mana masuk hutan. Monkey Business ni pon tak boleh bawak phone,so pandai2 la korang. So, tips nak main ni, better datang2 tu terus main ni, lagi pon dia dekat dengan entrance. Nak main ni, before matahari terik lah ye.

And aktiviti yang aku rasa menarik dan aku tak sempat nak main banyak gak sebenarnya. Coco Climb, Go Ape, 3 Sixty, and Go Bananas. Kalau tak silap Go Bananas ni sambungan dari Monkey Business. Kira-kira 8 aktiviti je yang kitorang main dari pukul 10am sampai 4 pm. Disebabkan nak main dekat Water Play kena pandai2 kan lah uruskan masa. So before dia tutup pukul 6pm, kita main la air dulu. Nanti aku update aktiviti kat Water Play dalam post lain.

Muka dah barai dan kepenatan.

p/s: tak dapat tangkap banyak gambar sebab phone kami simpan dalam locker. So aku letak 2 gambar je. Nak tahu gambar game tu pandai2 la google atau tengok dekat website rasmi Penang Escape.

Pesanan aku, try je semua kat situ sebab dah bayar mahal2 takkan nak sia-siakan and cuba overcome ketakutan yang ada. Enjoy!

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.